suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taman Tasik Titiwangsa Tutup Dua Tahun

KUALA LUMPUR: Keseluruhan Taman Tasik Titiwangsa di sini akan ditutup kepada orang awam bagi semua bentuk aktiviti bermula Januari 2017 hingga Disember 2018.

Menurut kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Jumaat, ia bagi memberi laluan kepada pelaksanaan projek River of Life melibatkan keseluruhan taman itu.

"Kerja naik taraf di taman ini adalah bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung di masa hadapan," jelas kenyataan itu.

DBKL berkata kontraktor yang dilantik akan memulakan kerja pemasangan 'hoarding' pada Januari.

"Orang awam dinasihatkan tidak mengunjungi taman tasik atas faktor keselamatan sepanjang tempoh penutupan," menurut kenyataan itu.

Taman Tasik Titiwangsa, DBKL

Artikel Sebelum

Jumpa Mayat Dalam Tong

Artikel Berikut

Artikel Lain