suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Coklat Daim, Toblerone Tiada Sijil Halal Jakim

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Jumaat mengesahkan coklat jenama Daim dan Toblerone bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Kedua-dua jenama coklat popular itu juga tidak memperoleh sijil Halal daripada mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.

"Jadilah pengguna yang bijak dengan membeli produk yang mempunyai logo halal Malaysia atau logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim," menurut kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook jabatan itu.

Orang ramai boleh melayari laman web www.halal.gov.my untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta badan pensijilan atau logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Selain itu, orang ramai juga boleh melayari laman Facebook Bahagian Hab Halal di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/ jika terdapat sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang diviralkan.

Jakim, Daim, Toblerone

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain