suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami Isteri Maut, Lima Anak Parah Kemalangan Di Pendang

Gambar hiasan.

ALOR SETAR: Sepasang suami isteri maut manakala lima anak mereka parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Jalan Alor Punti, Pendang, dekat sini malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Fadzil Hashim berkata dua mangsa yang maut itu ialah pemandu kenderaan jenis Perodua Alza iaitu, Mohd Padzil Rashid, 50, dan isterinya, Masmiwaza Mohd Noor, 42.

Katanya lima anak mereka yang parah ialah Masyitah, 12; pasangan kembar iaitu Muhammad Asyraf dan Muhammad Akmal, 11; Munirah, 7, dan Maisarah (belum diketahui umur).

Menurutnya Mohd Padzil dan Masmiwaza merupakan guru masing-masing bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang dan SMK Tobiar.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Titi Haji Idris menghala ke rumah mereka di Taman Setia, Pendang.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila MPV tersebut terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler.

"Pemandu maut di tempat kejadian manakala penumpang hadapan (isterinya) meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital," katanya ketika dihubungi.

Fadzil berkata mangsa yang terkorban dan semua anak mereka yang parah itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan sehingga kini tiada sebarang unsur khianat atau jenayah," katanya. - BERNAMA

kemalangan, MPV, Pendang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain