suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Syukur Alhamdulillah" - Ahmad Razif

Gambar fail Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menyematkan Bintang Kebesaran Peringkat Kedua Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman (kiri) pada 26 April 2015 di Istana Syarqiyyah. -BERNAMA

KUALA TERENGGANU: "Syukur Alhamdulillah", kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman selepas Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan kembali Darjah Kebesaran Negeri Terengganu kepadanya.

Ahmad Razif ketika dihubungi Bernama, bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkara tersebut bagi mengelak salah faham.

Ahmad Razif menerima Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) kira-kira 8.30 malam tadi, dan disahkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu di sini.

Pada 22 April lepas, semua gelaran terhadap beliau dilucutkan setelah menerima gelaran yang sama pada April 2015 dan Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012.

Ahmad Razif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014.

Ahmad Razif Abd Rahman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain