Helikopter Mendarat Cemas Selepas Langgar Burung - Semasa | mStar

Helikopter Mendarat Cemas Selepas Langgar Burung

Gambar hiasan.

PORT DICKSON: Seorang juruterbang helikopter terpaksa membuat pendaratan cemas di padang sekolah di sini selepas cermin hadapan pesawat itu pecah akibat berlanggar dengan seekor burung.

Juruterbang yang mengalami kecederaan ringan dalam kejadian kira-kira pukul 3.05 petang itu berjaya mendaratkan helikopter berkenaan dengan selamat di Sekolah Kebangsaan Tanjong Agas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, DSP Zainudin Ahmad berkata pesawat itu sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Johor Baru.

"Terdapat lima penumpang di dalam pesawat itu.

"Mereka tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Juruterbang yang mengalami kecederaan pada lengannya itu kemudian dirujuk ke hospital daerah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MCA Kecewa Sikap Dr Mahathir

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Yun Peng anak baik, dengar kata...