Jentera Hempap Kereta, Kontraktor Berdepan Tindakan - Fadillah - Semasa | mStar

Jentera Hempap Kereta, Kontraktor Berdepan Tindakan - Fadillah

Dua maut selepas sebuah kren statik tumbang dan menghempap kereta dinaiki mereka di Persiaran Astana, Klang pada 4 November lalu.

KUALA LUMPUR: Kontraktor projek pembinaan yang terlibat dengan insiden jentera cerucuk besi menghempap kereta di Bandar Baru Bukit Raja, Klang baru-baru ini berdepan hukuman denda, penjara dan disenarai hitam jika didapati bersalah.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata jika hasil siasatan mendapati kontraktor cuai dalam memastikan keselamatan dan kerja pembinaan, mereka boleh dihukum di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).

Katanya, seksyen-seksyen tertentu di bawah akta itu memperuntukkan penalti tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Jika disabitkan kesalahan kontraktor (terbabit) juga akan disenarai hitam," katanya menjawab soalan tambahan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan-PKR) dalam sesi waktu pertanyaan menteri pada persidangan Dewan Rakyat Khamis.

Hee mahu tahu apakah tindakan yang telah diambil kementerian susulan kejadian 4 Nov itu yang mengorbankan Abd Rahim Abd Rahman, 51, dan isterinya, Nurhayati Rosli, 46, yang merupakan warga Indonesia.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) telah mengarahkan kerja pembinaan dihentikan serta-merta bagi tujuan siasatan oleh DOSH dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Mengulas lanjut, Fadillah berkata hasil pemerhatian ketua jurutera tempatan projek, mendapati sebuah mesin cerucuk telah terbalik semasa beralih lokasi pemasangan cerucuk di jambatan merentangi Jalan Persiaran Astana.

"Punca kejadian kemungkinan disebabkan pergerakan mesin cerucuk yang terkeluar daripada plat besi pengalas lalu terbenam dan terbalik," katanya. - BERNAMA

Fadillah Yusof , kemalangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain