suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siasatan Dakwaan Tiga Murid Dirogol Masih Berjalan - Polis

KOTA KINABALU: Siasatan berhubung dakwaan tiga murid sekolah rendah dirogol oleh seorang guru di daerah Beluran, tengah Sabah masih diteruskan.

Ketua Polis Daerah Beluran (OCPD), Supritenden V. Sivananthan berkata, pihaknya masih menunggu laporan DNA sebelum tindakan lanjut diambil.

"Jika terdapat persamaan DNA yang ditemui pada suspek dan mangsa, kita akan mendakwanya.

"Kami juga telah selesai merakamkan keterangan daripada kesemua mangsa dan suspek serta beberapa saksi lain," katanya.

Namun beliau berkata, suspek kini dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul berkata, guru terbabit dipindahkan segera selepas dibebaskan polis, sekali gus menafikan dakwaan ahli keluarga mangsa bahawa suspek masih berada di sekolah yang sama.

"Kami memindahkannya keluar dari sekolah terbabit pada Ogos lalu selepas dibebaskan dari tahanan polis," katanya.

Selain itu, Maimunah berkata, pelajar yang didakwa menjadi mangsa diberikan perkhidmatan kaunseling susulan insiden tersebut.

Bapa kepada seorang daripada murid terbabit menyuarakan rasa lega apabila mengetahui guru berkenaan telah dipindahkan.

"Saya berharap polis akan mengambil tindakan dan dia menerima hukuman setimpal jika benar-benar bersalah," kata lelaki tersebut yang enggan dikenali.

Kejadian terbabit dilaporkan berlaku sejak Januari lalu di sebuah kelas semasa waktu rehat.

Guru terbabit didakwa menyuruh tiga murid berkenaan yang berusia antara sembilan dan 10 tahun menanggalkan pakaian sebelum merogol mereka.

Suspek juga didakwa mengugut mangsa agar merahsiakan hal tersebut.

Rogol, Sabah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain