suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perhimpunan Bersih 5 Diteruskan - Penganjur

KUALA LUMPUR: Penganjur Perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini akan meneruskan rancangan tersebut walaupun polis menasihatkan mereka supaya tidak berbuat demikian, kata Timbalan Pengerusi Bersih 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari.

Beliau berkata keputusan itu susulan pertemuan mereka dengan polis Brickfields, Dang Wangi, Kuala Lumpur dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Shahrul Aman berkata polis menasihati mereka supaya tidak meneruskan perhimpunan itu.

Namun, katanya, mereka berjanji akan mematuhi segala arahan polis.

"Kami akan meneruskan perhimpunan ini dan memastikan ia diadakan secara aman dan memastikan tiada sesiapa melanggar arahan yang ditetapkan polis dan DBKL," kata Shahrul Aman.

Beliau berkata penyokong Bersih 5 tidak dibenarkan untuk memasuki Dataran Merdeka atau Jalan Raja.

Sementara itu, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata perhimpunan itu tetap akan diteruskan.


Artikel Lain