suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat AirAsia Tergelincir Di KB

PETALING JAYA: Sebuah pesawat AirAsia dilaporkan tergelincir di landasan dan tersekat di kawasan rumput di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kota Baru pada Selasa malam.

AirAsia mengesahkan bahawa pesawat AK6443 yang dijadual berlepas dari Kota Baru ke Kuala Lumpur pada pukul 10.25 malam terlibat dalam insiden itu.

"Semua penumpang dan anak kapal adalah selamat dan tiada kecederaan dilaporkan," kata AirAsia dalam kenyataan selepas kejadian.

Ia menambah bahawa semua penumpang telah diberikan segala bantuan yang diperlukan.

Selain itu AirAsia berkata penerbangan lain, AK6446 yang dijadual tiba di Kota Baru dari Kuala Lumpur telah dibatalkan.

AirAsia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain