suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Rakyat Malaysia Ditahan Cuba Bawa Masuk Dadah Ke Singapura

- Gambar hiasan
SINGAPURA: Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menangkap dua lelaki rakyat Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Rabu kerana disyaki cuba membawa masuk dadah bernilai S$82,000 (kira-kira RM246,820).

Semasa pemeriksaan, para pegawai ICA menemui kira-kira 360gram dadah jenis 'Ice' (methaphetamine), 2,999 pil Erimin-5, dan 260 pil Ecstasy daripada bahagian bawah tempat duduk sebuah motosikal yang berdaftar di Malaysia.

Penunggang motosikal lelaki dan pemboncengnya, kedua-duanya berumur 24 tahun, dirujuk kepada Biro Narkotik Pusat (CNB), kata ICA dalam satu kenyataan.

Menurut ICA Akta Penyalahgunaan Dadah memperuntukkan hukuman mati jika jumlah methaphetamine yang diseludup melebihi 250gram.

"Sempadan kami merupakan garisan pertahanan pertama dalam melindungi keselamatan Singapura dan pemeriksaan keselamatan juga penting bagi keselamatan negara kita," kata ICA.

Menurut ICA, agensi Home Team akan terus menjalankan pemeriksaan ke atas penumpang dan kenderaan di pusat-pusat pemeriksaan bagi mencegah cubaan pihak tertentu untuk membawa masuk orang yang tidak diingini, ubat-ubatan, senjata, bahan letupan dan kontraban lain.

Artikel Lain