suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 3 Tahun Antara Pati Ditahan

LAHAD DATU: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun merupakan antara 20 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Filipina ditahan dalam operasi bersepadu di Kampung Bakapit, Jalan Tungku di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata dalam operasi sekitar pukul 3 pagi itu pihaknya menahan seramai sembilan lelaki, enam wanita dan lima kanak-kanak lelaki berusia antara tiga hingga 50 tahun.

"Seramai 76 orang telah diperiksa dan 20 daripadanya ditangkap kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Menurutnya, tahanan dihantar ke Pusat Tahanan Sementara Tawau untuk menunggu proses siasatan dan pengusiran oleh pihak imigresen.

Beliau berkata seramai 75 anggota daripada pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara menyertai operasi bersepadu yang berakhir pukul 5.30 pagi itu.

Pendatang Asing Tanpa Izin, Pati

Artikel Lain