suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak Cukup Masa Bentang RUU Mahkamah Syariah - Azalina

PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin tidak berkesempatan untuk membentangkan Rang Undang-Undang persendirian mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah pada sesi Parlimen kali ini.

Sesi persidangan Dewan Rakyat akan berakhir pada 24 November ini.

Ketika ini Dewan Rakyat sedang membahaskan usul mengenai Bajet 2017 dan selepas itu sesi Parlimen mempunyai masa untuk membahaskan dua atau tiga RUU lagi sebelum tempoh persidangan berakhir.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata RUU kerajaan akan diberi keutamaan.

"Menurut kalendar selepas perbahasan bajet berakhir, akan ada dua atau tiga usul menunggu untuk diluluskan," katanya kepada Sin Chew Daily.

Selain itu katanya terdapat juga usul untuk menggantung Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng selama enam bulan.

"Kami hanya mempunyai dua hari untuk menyelesaikan semua urusan, saya tidak tahu sama ada akan ada masa (untuk RUU Hadi)," kata Azalina.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sedia Hadapi Tengkujuh

Artikel Lain