suria

Kening Murid Tahun 6 Tertusuk Gunting Sedalam 3 Sentimeter

PETALING JAYA: Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Khir Johari di Sabak Bernam, Selangor tertusuk sebilah gunting sedalam tiga sentimeter di bahagian kening mata kanannya.

Jabatan Pendidikan Selangor dalam satu kenyataan mengesahkan menerima laporan berhubung insiden daripada pihak sekolah.

Mangsa, Asraf Saiefuddin Nuri Shamsuddin, pada mulanya dirawat di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan Hospital Sungai Buloh.

Dilaporkan, murid berkenaan kini dalam keadaan stabil.

Kejadian berlaku pada waktu tengah hari Rabu, semasa murid itu sedang melakukan aktiviti di makmal sekolah berkenaan bersama rakan sekelas yang lain.

Mangsa dilaporkan sedang memegang gunting ketika itu bangun dari tempat duduknya dan terlanggar kaki meja sebelum dirinya terjatuh sehingga menyebabkan gunting berkenaan tertusuk keningnya.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan akan melakukan siasatan menyeluruh mengenai insiden tersebut. 

Artikel Sebelum

Tiada Lagi Subsidi Minyak Masak

Artikel Berikut

Artikel Lain