suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selangor Mohon Mahkamah Batal Notis, Syor Persempadanan Semula SPR

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan notis dan syor berhubung proses persempadanan semula pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali berkata, permohonan itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) pada pagi Rabu.

"Semua dokumen telah dikemaskini dan akan difailkan esok (Rabu).

"Daripada penyelidikan kami, notis dan syor SPR untuk persempadanan semula adalah menyalahi Perlembagaan," katanya pada sidang media pada Selasa.

Azmin mendakwa rancangan persempadanan semula SPR itu menyalahi Seksyen 2, Bahagian 1 Perlembagaan yang meminta supaya setiap kawasan pilihan raya ditetapkan perlu mengikut saiz yang sama rata melibatkan penduduk pelbagai bangsa.

Difahamkan afidavit bagi menyokong bantahan awal ini juga akan difailkan pada hari sama.

Kata Azmin, ia juga memohon kepada mahkamah supaya mengeluarkan perintah melarang SPR meneruskan proses 'inquiry' sehingga permohonan ini didengar di mahkamah.

"Tindakan mencabar SPR ini selaras dengan sistem demokrasi dan mepertahankan hak rakyat," katanya.

Azmin Ali, Mahkamah Tinggi, SPR

Artikel Lain