suria

Singapura Tutup Kluster Tempatan Terbesar Zika

Kluster tempatan terbesar Zika terletak di Aljunied Crescent, Singapura ditutup pada 9 Oktlalu selepas tiada kes baharu jangkitan dilaporkan selama dua minggu.

SINGAPURA: Singapura menutup kluster tempatan terbesarZika terletak di Aljunied Crescent/Sims Drive pada 9 Oktober 2016 selepas tiada kes baharu jangkitan dilaporkan selama dua minggu. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman webnya, Agensi Persekitaran Kebangsaan (NEA) Singapura berkata ia terus meletakkan kawasan itu di bawah pemantauan rapi dan akan terus berbuat demikian sehingga 31 Okt 2016.

NEA berkata tempoh pemantauan mengambil kira tempoh inkubasi virus Zika virus, dan jangka hayat nyamuk Aedes. 

Kluster Zika ialah yang pertama dan dimaklumkan pada 27 Ogos 2016 dengan sejumlah 298 kes jangkitan Zika dilaporkan.

Sejak kluster Zika dimaklumkan, NEA telah menjalankan pemeriksaan di premis kediaman dan kawasan luaran, termasuk kawasan umum di ladang.

NEA berkata 128 habitat pembiakan nyamuk - 60 di rumah dan 68 di kawasan umum/premis lain - telah dikesan dan dimusnahkan.

Berikutan penutupan kluster Zika di Aljunied Crescent, NEA berkata dua lagikluster Zika yang aktif masih kekal - di Ubi Avenue 1 dan Jalan Chengkak/JalanRaya, yang baru-baru ini dimaklumkan, masing-masing pada 13 Okt 2016 dan 17 Okt2016.

Selain itu, kes jangkitan Zika sekali-sekala terus dilaporkan di Singapura dan ini menunjukkan kehadiran virus Zika dalam masyarakat, katanya. -Bernama

Zika, NEA

Artikel Sebelum

Artikel Lain