suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat pukul 12 tengah hari Ahad.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik perlahan dari Ipoh menuju ke Simpang Pulai dan Sungkai menuju ke Slim River berikutan peningkatan jumlah kenderaan.

"Trafik juga perlahan dari Tapah menuju kawasan Rehat dan Rawat (R and R) Tapah," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Bagaimanapun, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di lebuh raya lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih lancar di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain