suria

Pelajar Malaysia Di Melbourne Terlibat Penemuan Baharu Penyelidikan Perubatan

PETALING JAYA: Seorang pelajar ijazah kedoktoran (PhD) Malaysia telah menjadi perhatian dalam bidang penyelidikan perubatan.

Lam Shu Jie, 25, dan pasukan penyelidikannya mungkin telah menemui satu penyelesaian kepada bakteria penahan antibiotik yang dikenali sebagai 'superbugs'.


Pasukan dari Melbourne School of Engineering itu menerbitkan kertas kerja pada Isnin berhubung kaedah rawatan baharu itu.

Shu Jie, pelajar di Universiti Melbourne telah membuat satu penemuan yang mungkin boleh membawa perubahan dalam perubatan moden dan mengelakkan krisis kesihatan yang serius.

Kaedah ini menggunakan struktur berbentuk bintang yang dipanggil struktur polimer kejuruteraan nano anti-mikrob peptida (SNAPPs).

SNAPPs didapati amat berkesan dalam membunuh bakteria negatif, Gram - satu kelas bakteria yang menahan antibiotik - tanpa mencederakan sel-sel sihat, menurut artikel pasukan itu di Nature Microbiology.

Tidak seperti antibiotik yang cuba untuk membunuh bakteria itu secara kimia, molekul protein berbentuk bintang itu akan 'mengalahkan' mereka dengan 'merobek selain dinding-dinding sel'.

Penemuan saintifik itu telah dipetik oleh banyak portal berita termasuk Science Daily, Australian Broadcasting Corporation dan South China Morning Post.

Shu Jie memberitahu South China Morning Post bahawa beliau menghabiskan selama tiga setengah tahun untuk melakukan penyelidikan polimer dan bagaimana ia boleh digunakan untuk membunuh bakteria penahan antibiotik.

Anak kelahiran Batu Pahat itu yang akan mengemukakan tesis PhD beliau dalam tempoh dua bulan, berharap dapat meneruskan penyelidikan berbanding memilih berkerja secara langsung dalam bidang perubatan memandangkan bapanya adalah pakar kanak-kanak.

"Saya fikir kerjaya saya akan lebih banyak memberi tumpuan kepada penyelidikan dalam bidang perubatan," katanya.

Penyelianya Profesor Greg Qiao, yang juga merupakan salah seorang daripada 10 pengarang bersama jurnal saintifik itu berkata penyelidikan itu masih di peringkat awal.

Beliau memberitahu South China Morning Post bahawa lebih banyak tugas perlu dilakukan untuk mengesahkan formula dan struktur terbaik serta menentukan dos dan ujian bagi ketoksikan, sebelum bahan itu boleh dianggap selamat bagi kegunaan manusia.

"Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya lima tahun untuk sampai ke peringkat ujian pertama ke atas manusia kerana banyak sumber dan banyak kerja perlu dibuat sebelum ia dikomersialkan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain