suria

Askar Berjuang Pertahan Negara Tidak Diterima Sebagai Warga Negara

Kadamus (tengah) dan Paru (kanan) menunjukkan sijil penghargaan mempertahankan Sarawak yang diterima kepada Balang.

MEREKA berjuang siang dan malam bagi mempertahankan sempadan negara daripada pencerobohan Indonesia. Malanganya mereka masih tidak diterima sebagai warga negara sehingga kini.

Jika tidak kerana Sarawak Border Scouts ini, kemungkinan keluasan tanah yang kita duduki akan menjadi lebih kecil berbanding sekarang.

Mereka merisikokan nyawa sendiri demi mempertahankan negara ketika era konfrontasi pada akhir tahun 1950 dan awal 1960.

Bekas tentera daripada etnik minoriti Lun Bawang dari Bakelalan ini sudah menjalani kehidupan selama 70 hingga 80 tahun tanpa diiktiraf sebagai rakyat Malaysia.

Setelah sekian lama, mereka masih lagi memegang kad pengenalan yang berwarna merah dan hijau itu.

Kisah mereka akhirnya mendapat perhatian oleh Timbalan Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), Datuk Balang Rining baru-baru ini.

Akhirnya, Balang menjemput kelima-lima bekas tentera itu untuk ke ke Lawas, berdekatan dengan sempatan Sarawak-Brunei untuk berjumpa denga pihak The Star.

Antaranya adalah Basar Arun, 76, Kadamus Liling, 71, Basar Paru,86, Florant Arun,70, dan Anderias Sha, 76.

Namun, Kadamus sudah meninggal dunia tanpa mencapai impiannya untuk menjadi seorang rakyat Malaysia.

Menurut Paru, terdapat juga askar yang lain menjalani kehidupan harian tanpa dokumen yang sah.

“Di antara kami, ada yang dilahirkan pada tahun 1930 dan awal 1940. Ketika itu kami mengikuti arahan daripada British Gurkhas semasa era konfrontasi,” kata beliau.

“Pada ketika itu, terdapat ugutan daripada pihak luar yang tidak setuju dengan idea Sarawak untuk bersama Malaya, Sabah dan Singapura bagi membentuk negara sendiri.

“Penjajahan oleh pihak luar merupakan kerisauan bagi Sarawak kerana terdapat sempadan yang luas susah untuk dipertahankan.

Border Scouts ini berjaya menghalang askar Indonesia dan bergabung semula dengan Malaysia.

Kelima-lima bekas askar ini sudah membuat permohonan kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tetapi mereka tidak dapat kenal pasti asal usul mereka.

Sehingga sekarang mereka masih mencuba untuk mendapatkannya dan berharap agar perkara ini dapat diselesaikan sebelum hayat berakhir.

Balang berkata SPDP dan JPN sedang bekerjasama untuk membantu mereka.

“Mereka adalah askar yang diiktiraf oleh Persatuan Bekas Tentera Malaysia,” kata beliau.

“Mereka sudah berumur, tetapi masih lagi tidak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mahupun kebajikan daripada pihak berkenaan, bantuan rumah mahupun bantuan kesihatan.

Tambahnya, anak mereka juga tidak berhak untuk mendapatkan hak sebagai rakyat negara ini.

“Kebanyakkan daripada mereka sudah mendapat sijil penghargaan. Namun pengorbanan mereka ini perlu diiktiraf sebagai tentera di negara kita.

“Walaubagaimanapun, JPN menjelaskan bahawa ia akan memakan masa lebih lima tahun untuk mereka mendapat hak sebagai rakyat negara ini.”

Malaysia, Indonesia, Sarawak

Artikel Sebelum

Haron Din Meninggal Dunia

Artikel Berikut

Artikel Lain