suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gerhana Bulan Penumbra Pada Malam Sabtu

Gerhana Bulan Penumbra yang dirakam oleh fotoBERNAMA pada 2010.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumbra buat kali kedua tahun ini pada Sabtu (17 September).

Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), fenomena gerhana tersebut hanya akan dapat mula disaksikan apabila bulan mula memasuki penumbra pada pukul 12.55 pagi Sabtu, dan berada pada fasa maksimum apabila bulan berada di kawasan penumbra yang paling dalam pada 2.54 pagi.

"Fenomena gerhana bulan penumbra akan berakhir apabila keseluruhan bulan keluar sepenuhnya dari kawasan penumbra pada jam 4.54 pagi.

"Secara am, fenomena gerhana bulan berlaku apabila bumi menghalang cahaya matahari dari jatuh ke atas permukaan bulan," menurut Angkasa dalam kenyataan di sini Khamis.

Menurut agensi itu, fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang pertama pada tahun ini adalah pada 23 Mac lepas.

Menurut Angkasa, Gerhana Bulan Penumbra sukar dilihat dengan mata kasar kerana penumbra adalah kawasan bayang-bayang bumi yang lebih samar (kurang gelap) jika dibandingkan dengan kawasan umbra iaitu kawasan bayang-bayang bumi yang gelap.

"Peluang untuk melihat kesan gerhana penumbra akan menjadi lebih mudah dan jelas jika kita melihat gerhana tersebut menggunakan peralatan bantuan seperti binokular ataupun menggunakan teleskop," menurut agensi itu.

Menurut Angkasa, pihaknya tidak akan mengadakan sebarang program pencerapan untuk orang awam sempena fenomena Gerhana Bulan Penumbra Sabtu ini.

gerhana bulan, penumbra, Angkasa

Artikel Sebelum

Artikel Lain