Malindo Air Lancar Penerbangan Harian Ke Hanoi - Semasa | mStar

Malindo Air Lancar Penerbangan Harian Ke Hanoi

KUALA LUMPUR: Malindo Air meluaskan laluannya di Vietnam selepas Ho Chi Minh City, dengan melancarkan perkhidmatan harian dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Antarabangsa Noi Bai,  Hanoi.

Peluasan itu adalah selari dengan pelan rangkaian antarabangsa syarikat penerbangan itu, menjadikan rangkaian laluan ke 40 destinasi di 13 negara.

Penerbangan 0D571 Malindo Air akan berlepas setiap hari dari KLIA pada 9.15 pagi dan tiba di Noi Bai pada 11.25 pagi waktu tempatan.

Penerbangan balik berlepas dari Hanoi pada 12.15 tengah hari dan tiba di KLIA pada 4.35 petang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Chandran Rama Muthy berkata kemasukan Malindo Air ke Vietnam sudah pasti menyumbang kepada sasaran Malaysia untuk menarik 36 juta pelawat antarbangsa menjelang 2020.

"Pada 2014, terdapat kira-kira 286,000 pelawat Vietnam tiba di Malaysia untuk urusan perniagaan, percutian atau melawat rakan dan saudara-mara. Tahun lepas, jumlah ketibaan mencatatkan kenaikan 6.7 peratus," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Beliau berkata syarikat penerbangan itu mahu bekerja lebih rapat dengan Tourism Malaysia dan ejen pelancongan Vietnam bagi menyediakan pakej-pakej promosi dan pakej membeli-belah.

"Rancangan kami adalah selari dengan strategi Tourism Malaysia untuk meningkatkan ketibaan dari Vietnam menerusi pelancongan kesihatan, pelancongan MICE selain meningkatkan kekerapan," katanya.

Tambang promosi untuk laluan baharu Kuala Lumpur-Hanoi bermula daripada  RM209 untuk Kelas Ekonomi dan RM1,109 untuk Kelas Perniagaan sehala, termasuk semua.

Tambang itu termasuk peruntukan bagasi percuma, hiburan dalam penerbangan dan hidangan makanan.

Malindo Air , Hanoi , Noi Bai

Artikel Sebelum

Mayat Bayi Ditemukan Di Tempat Wuduk Masjid

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain