suria

Kesetiaan, Dedikasi Penting Dalam Umno - Najib

Najib Tun Razak.

SUNGAI PETANI: Ahli Umno perlu setia kepada parti, berdedikasi dan meneruskan perjuangan parti sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata adalah penting bagi ahli Umno untuk mengingati perjuangan parti.

Najib berkata demikian kepada ribuan perwakilan daripada parti komponen Umno dan Barisan Nasional (BN) semasa perasmian mesyuarat perwakilan Umno Sungai Petani di sini Ahad.

"Jika kita ingin berjaya, kita perlu memastikan bahawa kita dari Umno berdedikasi kepada perjuangan kita.

"Kita boleh cari orang pandai yang ada kelulusan tinggi, tetapi kalau tak ada nilai kesetiaan apa guna kelulusan berjela-jela.

"Tanpa kesetiaan, matlamat peribadi kita bercampur dan apabila cita-cita peribadi tak kesampaian, kesetiaan tak lagi menjadi pegangan," katanya.

Najib Tun Razak, Umno

Artikel Lain