Laporan Polis Khairul Azwan: Tiada Berat Sebelah - KPN - Semasa | mStar

Laporan Polis Khairul Azwan: Tiada Berat Sebelah - KPN

Khalid Abu Bakar.

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak andaian bahawa polis mengamalkan sikap berat sebelah dalam menangani isu laporan polis dibuat Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun. 

"Dalam kes siasatan Khairul Azwan ini, kita telah mempertimbangkan segala-galanya setelah kita mengkaji percakapan (Khairul Azwan) yang diberi.

"Jadi, kita ambil keputusan untuk tidak meneruskan apa-apa tindakan," katanya.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dilaporkan berkata, pihak polis mengamalkan sikap berat sebelah atau 'double standard' apabila tidak mengambil tindakan terhadap Khairul Azwan yang membuat laporan polis berdasarkan andaian dan dengar cakap.

"Tak apalah, kalau nak layan komen sebegini, saya tak ada kerja lainlah," kata Khalid kepada pemberita pada majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, Rabu.

Pada 26 Julai lepas, Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap beberapa individu dengan mendakwa mereka dipercayai terbabit dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

Pada Selasa, Khalid berkata, polis menghentikan siasatan berhubung laporan polis itu setelah siasatan mendapati Khairul Azwan membuat laporan hanya berdasarkan kepada andaian dan dengar cakap.

Bercakap kepada media di Petaling Jaya malam ini, Khairul Azwan berkata, adalah menjadi tanggungjawab beliau dan Pemuda Umno untuk mempertahankan kepimpinan Najib yang juga merupakan presiden parti. 

Mengenai laporan polis itu, beliau berkata: "Ia merupakan hak rakyat Malaysia untuk meminta bantuan polis sekiranya timbul ancaman.

"Namun, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis dan Ketua Polis Negara atas kerjasama (yang ditunjukkan)," katanya.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku sebagai situasi 'Mexican standoff' yang mana tiada pihak muncul sebagai pemenang mutlak. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain