suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Murid Dicemari Merkuri, Termometer Pecah Di Makmal Sains

Unit Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah susulan kejadian cecair merkuri tumpah pada Mei lalu.

KEPALA BATAS: Dua murid lelaki tahun lima dikuarantin selepas tercemar dengan merkuri daripada termometer yang jatuh dan pecah di makmal sains Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, di sini, Khamis.

Kedua-dua murid itu mendakwa terpegang merkuri selepas termometer tersebut pecah dan mereka dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk pemeriksaan lanjut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan daripada sekolah tersebut  berhubung kejadian itu pada pukul 11.27 pagi, kata Komander Operasi Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Zulkhuari Abdul Rahman.

"Kejadian tumpahan merkuri di atas lantai itu disedari pembantu makmal," katanya di sini, Khamis.

Beliau berkata kawasan makmal sains itu dan bilik darjah berhampiran makmal berkenaan diarah dikosongkan bagi membolehkan kerja membersihkan merkuri dijalankan.

Operasi pembersihan nyah cemar yang dilakukan di makmal sains itu melibatkan prosedur dan bahan tertentu supaya ia selamat digunakan semula selepas ini, katanya.

-- Bernama

Artikel Lain