"Kami Sudah Mencari Di Tempat Yang Salah" - Pasukan Carian MH370 - Semasa | mStar

"Kami Sudah Mencari Di Tempat Yang Salah" - Pasukan Carian MH370

SYDNEY: Anggota berpengalaman daripada syarikat Belanda yang mengetuai carian pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370 percaya pesawat tersebut berakhir dengan meluncur ke bawah, berbanding terjunam ke laut, membawa maksud mereka telah melakukan carian bawah laut di kawasan yang salah selama dua tahun.

Penerbangan MH370 hilang pada Mac 2014 dengan 239 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Pasukan carian yang diketuai oleh kumpulan kejuruteraan Fugro telah melakukan carian di kawasan bersaiz lebih kurang sama dengan negara Greece selama dua tahun.

Carian itu, di selatan Lautan Hindi melibatkan kawasan melebihi 120,000 kilometer persegi di luar pantai Australia Barat, dijangka berakhir dalam tempoh tiga bulan dan mungkin dihentikan selepas mesyuarat negara-negara utama Malaysia, China dan Australia pada Jumaat.

Setakat ini, tiada apa yang telah dijumpai.

"Jika tidak ada di situ, maknanya ia berada di tempat lain," kata pengarah projek Fugro, Paul Kennedy kepada Reuters.

Walaupun Kennedy tidak mengecualikan kemungkinan besar yang boleh dibuat bahawa pesawat mustahil untuk dikesan di zon carian, beliau dan pasukannya telah berhujah pilihan yang lebih mungkin iaitu pesawat meluncur ke bawah, yang bermaksud ia telah dikendalikan sehingga akhir dan membawanya di luar kawasan yang tidak dapat ditandakan oleh pengiraan daripada imej satelit.


"Jika ia telah dikendalikan, ia boleh meluncur jauh," kata Kennedy.

"Anda boleh meluncurkannya jauh di kawasan carian kita, jadi saya percaya kesimpulan menggunakan logik mungkin baik, tapi mungkin ada senario lain."


Keraguan sama ada pasukan mencari sedang mencari di tempat yang betul mungkin akan membawa kepada gesaan untuk semua data didedahkan kepada umum, justeru ahli akademik dan syarikat-syarikat saingan boleh menggunakan 'sumber terbuka' dalam mencari penyelesaian kepada jawapan awam dalam misteri terbesar industri penerbangan ini.


Hipotesis luncuran yang dikawal oleh Fugro ini juga adalah kali pertama yang 'tersasar' sedikit daripada teori-teori saat-saat akhir pesawat.

Sejak kemalangan itu, berlaku persaingan teori sama ada seorang, dua atau tidak ada juruterbang telah mengawal pesawat, sama ada ia dirampas atau sama ada semua di atas kapal terkorban dan pesawat itu tidak dikawal sama sekali apabila ia terjunam ke air.


Menambah kepada misteri, penyiasat percaya seseorang mungkin sengaja mematikan transponder pesawat sebelum mengalihkannya pada jarak beribu-ribu batu.

Pandangan mengenai 'luncuran' itu tidak disokong oleh agensi-agensi yang menyiasat: America's Boeing Co, France's Thales SA, penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS,  syarikat satelit British Inmarsat PLC, Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK dan Organisasi Pertahanan Sains dan teknologi Australia.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain