Kes Pembunuhan Kevin: Tertuduh Kedua Lantik Peguam Baharu - Semasa | mStar

Kes Pembunuhan Kevin: Tertuduh Kedua Lantik Peguam Baharu

KUALA LUMPUR: Tertuduh kedua dalam perbicaraan kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais, hari ini melantik peguam baharu, menggantikan peguam V. Rajehgopal yang menarik diri daripada mewakilinya.

Peguam S. Ramesh akan mewakili G. Gunasekaran, 48, seorang penganggur, pada perbicaraan yang akan bersambung selama empat hari bermula 15 Ogos ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak Musa mewakili pendakwaan ketika kes itu disebut hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Noor Aini Yusof.

Pada 28 Jun lepas, Rajehgopal yang mewakili Gunasekaran, menarik diri daripada mewakili Gunasekaran atas faktor terdapat konflik kepentingan antara beliau dan tertuduh.

Pada 27 Jan lepas, Gunasekaran dan enam lelaki termasuk seorang doktor tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Kevin yang mayatnya ditemukan di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept 2015.

Enam lelaki iaitu Gunasekaran, R. Dinishwaran, 24, A. Thinesh Kumar, 26, M. Vishwanath, 26, S. Nimalan, 23, dan S. Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah membunuh Kevin yang dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya Sentul ke No. 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya antara pukul 7 pagi dan 8 malam pada 4 Sept 2015.

Pakar patalogi, Dr K. Kunaseegaran, 53, pula mengaku tidak bersalah bersubahat dengan enam lelaki itu membunuh Kevin, 55, di tempat, tarikh dan pada masa yang sama.

Dr Kunaseegaran didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama-sama Seksyen 302 kanun sama manakala enam lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. 

Kevin Morais

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain