Kebab Pelbagai Pilihan Rasa Di Gerai Wan Essan Kebab - Semasa | mStar

Kebab Pelbagai Pilihan Rasa Di Gerai Wan Essan Kebab

Md Firdaus (kanan) memasak bahan-bahan kebab manakala pembantunya membuat persiapan di gerai Wan Essan Kebab.

WAN Essan Kebab Enterprise menjual pelbagai pilihan kebab istimewa di Bazar Ramadan Setia Alam sempena bulan Ramadan ini.

Md Firdaus Zolkefili,23, dari Meru, Klang menjalankan perniagaan ini bersama tiga orang lagi kawannya dengan menyediakan pelbagai jenis pilihan seperti  kebab roti pita, roti putih dan roti Lebanon.

"Roti Lebonan ini diadun sendiri oleh warga Lebanon yang tinggal di Malaysia sebelum dihantar ke gerai kami.

"Ini merupakan tahun pertama kami berniaga di bazar Ramadan Setia Alam dan sambutannya sangat baik ketika waktu puncak.

Orang ramai beratur menunggu giliran untuk membeli kebab.


"Biasanya, kami menyediakan 20kg ayam, 20kg daging lembu dan 10kg daging kambing untuk membuat kebab ini," jelasnya.

Sementara itu, salah seorang rakannya Mohd Hadi Syafiq berkata, bahan-bahan mentah itu diperap dengan rempah-ratus seperti kulit kayu manis, halia, serai, lada hitam, bawang besar dan kunyit selama tiga jam.

"Selepas itu kami mula memasak sekitar pukul 4 petang dan menyediakan kebab sebelum gerai dipenuhi pembeli," katanya.



Kebab yang menggunakan roti biasa (putih) atau kebab ayam pita berharga RM4, manakala kebab daging lembu dan kambing ialah RM4.50 dan RM6.

Selain itu, harga  kebab ayam dengan roti Lebanon bernilai RM6,  kebab daging bersama roti Lebanon RM7 dan kebab kambing roti Lebanon berharga RM8.

Selain di Setia Alam, Gerai Wan Essan Kebab turut dibuka di TTDI Jaya, U8 di Bukit Jelutong dan Seksyen 20 Shah Alam.

Berikutan sambutan hangat kebab ini, Azlan Abdul Wahab,38, yang tinggal di Shah Alam mengakui ianya kelihatan sangat menyelerakan dan akan mencubanya buat kali pertama.



Manakala salah seorang pelanggan Gerai Wan Essan Kebab, Hamidah Abd Wahid,49, dari Setia Alam akan menikmati kebab itu ketika waktu berbuka puasa.

Wan Essan Kebab , Ramadan

Artikel Sebelum

Amaran Peningkatan HMFD Di Malaysia

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL