suria

Azhar Boleh 'Potong Kepala' PAS - Bapa

Azhar bersama isterinya Nur Adzimah Hassanuddin.

SUNGAI BESAR: Bapa kepada calon Parti Amanah Negara (Amanah) amat gembira anaknya, Azhar Abdul Shukur bertanding menentang PAS kerana beliau boleh 'memotong kepala' parti Islam itu.

Pemimpin veteran Umno, Shukur Siraj juga memberitahu pemberita bahawa PAS tidak mampu bertahan tanpa sokongan bekas sekutu mereka, PKR dan DAP.

"Saya amat gembira beliau bertanding (untuk kerusi Parlimen Sungai Besar). Beliau boleh 'potong kepala' PAS.

"PAS bergantung kepada sokongan PKR dan DAP. Mereka tidak boleh hidup tanpa sokongan tetapi mereka tidak memahaminya," kata Shukur di kediamannya di Pekan Selasa apbila dikunjungi Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Shukur yang kini berusia 81 tahun dan terlantar sakit di katil berkata situasi politik semasa di negara ini amat kotor.

Azhar sebelum ini berkata bapanya menyokong keputusan beliau untuk bertanding sebagai calon Amanah walaupun masih lagi ahli Umno.

Shukur pernah berkhidmat selama satu penggal sebagai Ahli Parlimen Tanjong Karang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burung selama dua penggal.

Azhar akan berdepan saingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar menentang PAS dan BN pada 18 Jun ini.

Artikel Lain