suria

PM Najib Umum Bantuan Khas RM500 Kepada Pekebun Kecil Getah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bergambar bersama pekebun-pekebun kecil selepas menyampaikan replika cek bernilai RM194,055,50 kepada wakil pekebun Ahmad Rashidi Pandak Abd Samat (tujuh,kanan) pada majlis Penyampaian Bantuan Khas Kejatuhan Harga Gerah 2016 di Dewan Jubli Perak, Jumaat. Turut kelihatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Besar Zambry Abdul Kadir.

KUALA KANGSAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bantuan khas kejatuhan harga getah 2016 kepada 388,111 pekebun kecil di seluruh negara bagi meringankan beban mereka.

Beliau berkata, bantuan itu melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM194 juta.

Bantuan khas RM500 itu dibayar secara 'one off' kepada semua penerima bermula hari ini, katanya.

"Ini (bantuan) bukan kerana pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, kerana kita telah beri bantuan ini pada 2013, 2014 dan ini adalah kali ketiga.

"Kalau ada yang kata bantuan itu disebabkan PRK itu tak betul. Ini soal kebajikan masyarakat luar bandar," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kejatuhan harga getah 2016 di sini, Jumaat.-- Bernama

Artikel Lain