Rakyat Malaysia Jangan Termakan Hasutan Pihak Luar - Najib - Semasa | mStar

Rakyat Malaysia Jangan Termakan Hasutan Pihak Luar - Najib

KUCHING: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat khususnya umat Islam bersatu padu dalam mempertahankan negara daripada ancaman dan hasutan pihak tidak bertanggungjawab.

Mengambil contoh peristiwa 'Arab Spring', perdana menteri berkata akibat rakyat termakan hasutan pihak luar maka ia menyebakan kesudahan yang mengecewakan terhadap beberapa negara di dunia Arab.

"Kita jangan terjebak atau termakan dengan hasutan yang menyebabkan kita tak dapat kekalkan keharmonian.

"Inilah pengajaran pada kita kalau kita tidak bersyukur atas apa yang kita sudah kecapi," katanya dalam pertemuan dengan kira-kira 400 jemaah Masjid Darul Ibadah, Batu Kawa, pada Rabu.  

Terdahulu, Najib menunaikan solat Isyak secara berjemaah di masjid berkenaan, sebelum merasmikan Balai Raya Taman Desa Perwira bagi kegunaan penduduk di kawasan itu.

Menyentuh Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-1), 7 Mei ini, Najib berkata rakyat Sarawak harus membuat pertimbangan sewajarnya dalam memilih pihak yang mampu mentadbir serta membawa negeri itu ke arah masa depan yang lebih terjamin.

Perdana menteri berkata pengundi perlu menilai kemampuan calon serta memastikan calon pilihan mereka mempunyai sokongan kuat daripada parti.

Katanya pengundi perlu memilih wakil rakyat yang mempunyai kemampuan dan sokongan parti yang boleh membawa perubahan dan bukan berdasarkan minat terhadap seseorang individu.

Dalam pada itu, beliau meminta pengundi Batu Kawah agar memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Sim Hui Kian, yang juga Presiden SUPP, pada hari pemilihan nanti.

Dr Sim, yang juga pakar kardiologi, akan berhadapan dengan penyandang Christina Chiew Wang See daripada DAP serta calon Bebas Liu Thian Leong.-Bernama

Hasutan Pihak Luar , Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain