Anwar Bukan Tahanan Politik: Kementerian Luar - Semasa | mStar

Anwar Bukan Tahanan Politik: Kementerian Luar

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menegaskan tiada asas yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tahanan politik seperti yang didakwa pihak tertentu. 

Kementerian itu dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata penahanan bekas ketua pembangkang itu memenuhi sepenuhnya piawaian antarabangsa hak asasi manusia, selain pemenjaraan Anwar adalah melalui perbicaraan yang adil.

"Berdasarkan instrumen antarabangsa, tiada definisi yang diterima pakai secara sejagat berkenaan istilah tahanan politik.

"Kerajaan Malaysia, sebagai panduan, telah merujuk kepada beberapa kriteria penentu dan mendapati bahawa kes Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memenuhi kriteria-kriteria tersebut untuk mentakrifkan beliau sebagai tahanan politik," menurut kementerian itu.

Kementerian itu menjawab soalan Datuk Kamarudin Jaafar (PKR-Tumpat) mengenai tindakan kerajaan terhadap pelbagai badan antarabangsa termasuk di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang menganggap pemenjaraan Anwar sebagai tindakan politik dan beliau sepatutnya dibebaskan.

Kementerian Luar berkata Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB (WGAD) terdiri daripada lima individu yang dilantik dalam kapasiti peribadi, justeru pendapat oleh kumpulan itu tidak mewakili pandangan mana-mana negara anggota PBB atau PBB sendiri.

Pendapat WGAD juga adalah tidak terikat kepada undang-undang, menurut kementerian itu.

WGAD merupakan mekanisme yang dibentuk di bawah Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang diberi mandat untuk mengeluarkan pendapat mengenai penahanan seseorang individu berdasarkan aduan individu.

Kementerian itu berkata kerajaan juga telah mengemukakan maklum balas komprehensif terhadap pendapat tersebut kepada WGAD melalui Pejabat Perutusan Tetap Malaysia ke PBB di Geneva pada 16 November 2015, serta memuat naik kenyataan akhbar mengenai perkara sama di laman web Kementerian Luar. 

Kementerian itu juga menjelaskan dakwaan Anwar sebagai mangsa konspirasi politik telah diteliti secara komprehensif oleh Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, pihak Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa pembelaan konspirasi politik hanya kekal sebagai penafian semata-mata dan merupakan pembelaan yang tidak boleh dipercayai memandangkan dakwaan itu tidak berasas kepada bukti yang boleh diguna pakai. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain