suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Pembunuhan Pengawal Keselamatan

JOHOR BARU: Polis menahan empat lelaki dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kejadian bunuh seorang pengawal keselamatan di Yong Peng, dekat Batu Pahat, Khamis lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata tiga daripada mereka sudah ditahan di sekitar Batu Pahat dua hari lepas manakala seorang lagi ditahan petang tadi di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

"Kesemua yang ditahan berumur 24 hingga 34 tahun. Lelaki di KLIA2 itu  ditahan kira-kira 4 petang tadi ketika hendak berlepas ke China dipercayai untuk melarikan diri," katanya menerusi kenyataan, Ahad malam.

Wan Ahmad Najmuddin berkata kesemua tangkapan akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau, sehubungan itu, turut menyeru orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin atau pelbagai andaian yang disebarkan menerusi laman sosial seperti Facebook berkaitan kes itu dan mengambil tindakan sendiri yang menggugat keselamatan serta ketenteraman awam.

Pada 31 Mac lepas, pengawal keselamatan terbabit, Nor Azee Abdul Rahman, 33, ditemui mati kira-kira 6.30 petang oleh orang awam di dalam kebun kelapa sawit di Jalan Muar-Yong Peng, dekat Batu Bahat.

Mayat Nor Azee yang berpakaian lengkap dan memakai jam tangan itu ditemui dalam keadaan tertiarap dengan tangannya diikat menggunakan wayar kabel selain terdapat kesan kelar di leher, beberapa lebam di perut serta luka melecet di lengan kiri.

Siasatan awal mendapati Nor Azee yang berasal dari Taman Pantai, Batu Pahat adalah individu sama dilaporkan hilang sehari sebelumnya dan polis menerima laporan kehilangan Nor Azee daripada isterinya yang berumur 33 tahun, kira-kira 5.20 petang, hari yang sama.

Artikel Lain