Penyumbang Tanjak Layak Dapat Pelepasan Cukai - Semasa | mStar

Penyumbang Tanjak Layak Dapat Pelepasan Cukai

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Yayasan Pelajaran Mara (YPM) memperkenalkan Tabung Lonjakan Pendidikan Melayu dan Bumiputera (Tanjak) bagi mengumpul dana untuk keperluan pendidikan anak-anak Melayu dan bumiputera.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Karim Mustafa berkata, Tanjak merupakan sebuah tabung yang diwujudkan bagi membudayakan konsep penabungan ke hadapan untuk generasi akan datang secara kolektif dan berterusan.

"Tanjak merupakan platform yang lebih tersusun dan sistematik kepada orang ramai untuk turut sama menghulurkan sumbangan bagi membantu golongan yang layak menerima bantuan pendidikan.

"Selama ini YPM sudah banyak membantu orang Melayu dan bumiputera dalam bidang pendidikan. Namun kita berhasrat untuk menambah dana modal sedia ada melalui sumbangan orang ramai menerusi tanjak.

"Prinsipnya mudah, lebih banyak sumbangan yang kita dapat...lebih ramai golongan yang memerlukan dapat kita bantu," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Tanjak berfungsi untuk mengumpul dana bagi keperluan pendidikan anak-anak Melayu dan bumiputera.
Tanjak yang akan dilancarkan pada 31 Mac ini oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyasarkan untuk mengumpul dana pendidikan sebanyak RM1 bilion dalam masa 10 tahun.

Selain itu Abdul Karim berkata, menerusi projek Tanjak, penyumbang layak diberikan pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

"Ini merupakan insentif yang ditawarkan untuk menggalakkan orang ramai membuat sumbangan mereka.

"Pihak penderma tidak perlu bimbang kerana YPM akan mengeluarkan resit rasmi bagi setiap transaksi yang dibuat untuk tabung ini," katanya.

Tambah Abdul Karim, YPM menyasarkan penyumbang daripada institusi perbankan, institusi pendidikan, majlis agama Islam negeri, komuniti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, bekas penerima bantuan Mara dan orang ramai yang berminat.
YPM , Tanjak , Abdul Karim Mustafa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Penyokong Anwar Dihalang Dengar Bicara

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain