Kes Potong Lidah: Siasatan Dijangka Siap Minggu Ini - Semasa | mStar

Kes Potong Lidah: Siasatan Dijangka Siap Minggu Ini

KLANG: Siasatan membabitkan kes seorang murid yang mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri dalam kejadian buli di sebuah sekolah di sini, Khamis lepas, dijangka siap pada hujung minggu ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Azman Abdul Razak berkata, pihaknya kini sedang dalam proses mendapatkan keterangan daripada pelbagai pihak antaranya mangsa, saksi, suspek dan guru-guru sekolah yang terlibat.

"Merekodkan keterangan daripada mangsa, saksi dan suspek merupakan cabaran terbesar pihak polis kerana mereka kanak-kanak kecil yang berumur kurang daripada 10 tahun.

"Kita perlu menunggu sehingga emosi mereka yang terlibat ini stabil terlebih dahulu sebelum keterangan boleh diambil supaya gambaran sebenar kejadian dapat diketahui," katanya ketika ditemui pemberita di sini Isnin.

Tambahnya semua kenyataan itu akan diserahkan kepada Bukit Aman untuk dikaji dan pihak forensik juga telah dipanggil untuk mendapatkan bahan bukti termasuk sampel darah bagi menyokong keterangan saksi.

Jelas Azman, hasil siasatan lengkap itu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Pada Khamis lepas, Muhammad Alif Shukran Alias, 8, mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri oleh sekumpulan lima murid tahun tiga dari sekolah yang sama.

Berikutan kejadian itu, lidah mangsa putus sedikit di bahagian hujung dan menerima satu jahitan.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain