suria

Peluru Meriam Era Parti Komunis Malaya Ditemui

Seorang penolong ketua kampung di Betong, selatan Thai menemui sebutir peluru meriam 105mm dalam sebuah sungai di Kampung Pakban, Tanah Merah, Betong yang dipercayai digunakan ketika memerangi pengganas Parti Komunis Malaya (PKM). Foto Bernama

YALA: Seorang penolong ketua kampung di Betong, selatan Thai terjumpa sebutir peluru meriam 105mm di sebatang sungai ketika sedang memancing pagi Sabtu.

Ketua Renjer 3308 Yala, Kapten Charan Kosit berkata, bom dipercayai digunakan dalam usaha memerangi pengganas komunis pada era 1980an itu ditemui dalam sungai di Kampung Pakban, Tanah Merah, Betong. 

"Kawasan dimana peluru meriam itu ditemui merupakan kawasan strategik pengganas Parti Komunis Malaya untuk berlindung," katanya kepada media di sini, Sabtu.

Sepasukan pakar bom yang dihantar ke lokasi penemuan mendapati peluru meriam itu masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan, sebelum meletupkannya tidak

lama kemudian, katanya. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain