suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tahan Dua Individu Kes Bunuh Di Hotel Bajet

PETALING JAYA: Dua indvidu termasuk seorang wanita ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam pembunuhan seorang lelaki warga tempatan berusia 39 tahun di sebuah hotel bajet di Damansara Damai pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zaini Che Din berkata seorang lelaki berusia 40 tahun dan wanita berusia 30 tahun ditahan di sini pada Sabtu bagi membantu siasatan kes tersebut.

"Kedua-dua mereka ditahan reman selama tujuh hari," katanya kepada Bernama.

Dalam kejadian 10 malam itu, pekerja hotel menemukan mayat mangsa berusia 39 tahun di bilik hotel itu dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan kesan kecederaan di bahagian kepala.

Mohd Zaini berkata hasil bedah siasat menunjukkan mangsa, yang berasal dari Semenyih, dekat sini, mati akibat dipukul dengan objek tumpul di bahagian kepala dan terdapat kesan jerut di lehernya.

"Mengikut semakan rekod polis, mangsa mempunyai lapan kes jenayah lampau berhubung penyalahgunaan dadah dan kecurian," katanya. -Bernama

Kes bunuh, hotel bajet

Artikel Lain