suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH370: Pasukan Pakar Malaysia Ke Australia, Siasat Serpihan Baharu - Liow

KOTA BARU: Pasukan pakar dari Malaysia akan berangkat ke Australia bagi memeriksa penemuan terbaharu serpihan pesawat dipercayai milik MH370 yang ditemui oleh seorang remaja di Afrika Selatan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, serpihan tersebut bakal dihantar ke Australia untuk dianalisis.

Jelasnya, jika bukti penemuan itu benar, ia akan memberi lebih banyak petunjuk mengenai kedudukan pesawat Boeing 777 yang hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Serpihan ringan yang  bewarna kelabu dengan ukuran panjang lebih kurang satu meter itu turut tercatat numbor siri 676EB.

Remaja yang menemui serpihan tersebut, Liam Lotter memberitahu media Afrika Selatan bahawa dia telah menemui sekeping logam berukuran satu meter panjang di pantai semasa bercuti di Mozambique Disember lalu dan membawanya pulang ke rumah.

Berita mengenainya tersebar awal bulan ini apabila sekeping serpihan pesawat ditemui di Mozambique selepas keluarganya menghubungi pihak berkuasa.

AFP melaporkan: "Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Afrika Selatan telah ke lokasi untuk mengambil serpihan itu dan kemudiannya akan dihantar ke Australia, negara yang dilantik Malaysia untuk menyiasat mana-mana bahagian pesawat yang ditemui," kata jurucakap Kabelo Ledwaba dalam satu kenyataan pada Jumaat.

MH370, Boeing 777, Mozambique

Artikel Lain