suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Tanding 11 Kerusi PRN Sarawak

KUCHING: PAS malam Sabtu mengesahkan akan meletakkan calon di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) akan datang. 

Mengumumkan demikian, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu bertanding untuk menyuburkan amalan demokrasi di Sarawak dengan memberi pilihan kepada rakyat negeri ini calon yang diyakini boleh mewakili mereka ke DUN.  

"11 kerusi DUN tersebut ialah Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut," katanya, pada Majlis Makan Malam Pelancaran Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak Menjelang PRN-11 di sini malam Sabtu.

Turut hadir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali. - Bernama

PAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain