suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk Persisir Perlis, Kedah, Pulau Pinang Diminta Jauhi Kawasan Pantai

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Penduduk di kawasan persisir pantai Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dinasihati menjauhi kawasan pantai bermula pukul 12.45 malam Rabu berikutan kesan gempa kuat di barat daya Sumatera, Indonesia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau berkata, ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Amaran ini dikuatkuasakan sehingga notis baharu dari kementerian itu disiarkan melalui media massa, laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Facebook atau hubungi Met Malaysia di talian 1-300-22-1638, katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Beliau juga berkata, tiada laporan kerosakan harta benda di Selangor dan Johor dilaporkan setakat ini berikutan gegaran daripada gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter pada pukul 8.49 malam Rabu.

Gempa bumi itu berpusat kira-kira 649km Barat Daya dari Siberut, Indonesia, iaitu 1,163km Barat Daya dari Port Dickson, Negeri Sembilan. - Bernama

Artikel Lain