suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Umum Pelantikan Pegawai Kanan

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan beberapa pelantikan melibatkan jawatan kanan di peringkat pusat dan negeri.

Kenyataan SPRM didahului dengan Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya dilantik sebagai Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ahmad Khusairi, 49, menggantikan Datuk Hassan Yahya yang bersara wajib, berkuat kuasa 1 Februari 2016.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan suruhanjaya itu, sebelum ini, Ahmad Khusairi adalah Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.

"Ahmad Khusairi memulakan kerjaya sebagai pegawai bahagian siasatan pada 1992," menurut kenyataan itu.

Selain itu, SPRM turut memaklumkan pelantikan Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, 53, sebagai Pengarah SPRM Sabah berkuat kuasa 1 Mac 2016.

Beliau menggantikan Datuk Hishamuddin Hashim yang bertukar ke ibu pejabat SPRM dengan memegang jawatan sebagai Pengarah Perisikan. 

Menurut kenyataan itu lagi, sebelum ini,  Shaharom Nizam adalah Pengarah SPRM Negeri Sembilan dan mula berkhidmat sebagai pegawai penyiasat pada 1 Julai 1992.

"Pertukaran kesemua mereka tidak melibatkan sebarang kenaikan pangkat," kata kenyataan itu.

Artikel Lain