suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penarikan Subsidi Tepung Gandum 25Kg Cegah Masalah Ketirisan

PUTRAJAYA: Penarikan subsidi tepung gandum pek 25 kilogram mulai semalam akan dapat mengurangkan masalah ketirisan penyaluran subsidi negara kepada rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata kelazimannya pengguna domestik hanya membeli tepung gandum dalam pek bersaiz sekilogram dan bukannya pek 25 kilogram.

"Kebiasaannya pek 25 kilogram tepung bersubsidi ini akan dibeli oleh peniaga seperti penjual roti canai yang tidak sepatutnya menikmati subsidi tersebut dan mengapa mereka mahu merungut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS), di sini, Rabu.

Hamzah mendengar penerangan Jurutera Kanan Sapura, Norsuzilawati Isa berkaitan operasi PIGOS ketika lawatannya ke pusat operasi itu, Rabu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)semalam mengumumkan penarikan semula sudsidi tepung gandum kegunaan am bagi pek 25kg kerana kebanyakan isi rumah tidak membeli produk saiz berkenaan.

Harga subsidi tepung gandum untuk kegunaan am bagi pek sekilogram pula diteruskan dengan harga runcitnya kekal RM1.35 sekilogram.

Menurut seorang pegawai KPDNKK, pek tepung gandum bersaiz 25kg mula dikeluarkan sejak 2006, dengan jumlah sekitar 35 peratus daripada keseluruhan penjualan pelbagai jenis tepung di Malaysia.

"Kebiasaannya penjualan tepung bersaiz 25 kilogram tersebut adalah melalui kedai-kedai borong yang biasanya digunakan untuk membuat roti canai dan kek.

"Buat masa ini tiada akta untuk penyalahgunaan tepung bersubsidi dalam kalangan peniaga, namun jika terdapat kenaikan yang mendadak terhadap penjualan barangan seperti roti canai, kementerian akan mengambil tindakan di bawah akta anti-pencatutan," katanya. -- Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain