suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khairuddin Ikut Jejak Tun M Keluar Umno

PUTRAJAYA: Susulan pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memutuskan untuk mengikut jejak mantan presiden parti itu.

Keputusan yang berkuatkuasa serta merta itu juga menyaksikan Khairuddin kini bukan lagi ahli Umno cawangan Bukti Tambun dan Bahagian Batu Kawan.

"Sejujurnya saya sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Umno masa kini.

"Kepimpinan parti ini sudah tersimpang jauh dari hala tuju wadah perjuangan asal dan salah guna kuasa untuk mempertahankan pemimpin korup," katanya menerusi kenyataan yang diedarkan di sini, Isnin.

Khairuddin juga menganggap Umno sebagai parti yang sudah tidak relevan lagi.

Sebelum ini, Khairuddin begitu lantang menyuarakan pandangannya berhubung tindakan kepimpinan negara dan parti yang dianggap tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan telus terutama berkaitan isu 1MDB dan juga dana politik RM2.6 bilion.


Artikel Lain