suria

Tun M Tak Akan Tubuh Atau Sertai Parti Politik Baharu

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menubuhkan parti baharu walaupun beliau memutuskan untuk keluar dari Umno, berkuatkuasa serta merta.

Bekas perdana menteri itu turut menegaskan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik lain.

"Tidak, jiwa saya masih pada Umno," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah seterusnya yang akan diambil selepas mengumumkan keluar Umno.

Dr Mahathir bagaimanapun berkata, beliau akan tetap meneruskan usahanya untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

"Saya akan pastikan Najib tidak akan terus menjadi perdana menteri negara ini," katanya.

Pengumuman keluar Umno itu dibuat Dr Mahathir kerana menyifatkan ia bukan lagi parti politik tetapi mendakwa sebagai parti individu bagi melindungi presidennya.

Tun Dr Mahathir Mohamad, Umno

Artikel Sebelum

The Rakyat Post Gulung Tikar

Artikel Berikut

Artikel Lain