Usim Rangkul Emas Di Kongres Duta Jauhar 2.0 - Semasa | mStar

Usim Rangkul Emas Di Kongres Duta Jauhar 2.0

NILAI: Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) merangkul anugerah emas melalui projek pemindahan ilmu berbentuk pendidikan untuk Orang Asli (De' Asli) dalam Kongres Duta Jauhar 2.0 baru-baru ini.

Usim dalam kenyataan di sini pada Isnin berkata, projek De' Asli yang dilaksanakan kepada masyarakat Orang Asli di Segamat, Johor pada Mei tahun lepas telah memberi impak dalam aspek meningkatkan minat pendidikan kepada anak-anak Orang Asli.

"Ia menggunakan modul 'Fun Learning' yang dihasilkan sendiri oleh Duta Jauhar Usim dan telah membantu anak-anak orang Asli belajar dengan lebih baik seterusnya meningkatkan peratusan hadir ke sekolah serta keputusan mereka dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)," kata kenyataan itu.

Projek De' Asli membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, piala iringan dan sijil penghargaan yang disampaikan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada kongres yang diadakan di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di Johor.

Seorang Duta Jauhar Usim Muhammad Hafiz Jalil berkata projek De' Asli memberi peluang secara langsung kepada mahasiswa untuk bersama-sama membangunkan dan mentransformasikan masyarakat menerusi ilmu yang dipelajari.

"Projek ini memberi kesedaran kepada masyarakat orang Asli yang terlibat akan kepentingan pendidikan untuk jaminan kehidupan yang lebih baik. Program De' Asli dan aktiviti sampingan bukan bersifat sekali sahaja tetapi kita akan laksanakan secara berkala supaya impak yang kita mahukan itu berlaku," katanya.

Dalam kongres itu, Program Cinta Warga Emas Pagoh menerima anugerah Perak, Masyarakat Orang Asli Segamat Kechil mendapat anugerah Komuniti Terbaik dan anugerah Penyelia Terbaik yang dimenangi Siti Nurulhuda Nordin.

Kongres Duta Jauhar 2.0 yang diadakan selama tiga hari bermula 24 Februari lepas menghimpunkan seramai 450 mahasiswa anak Johor daripada 22 kumpulan yang mewakili 18 universiti awam dan swasta seluruh negara.

Program Duta Jauhar diilhamkan bagi memberi peluang kepada anak muda termasuk mahasiswa menyertai usaha meningkatkan kedudukan sosioekonomi masyarakat khususnya di Johor.

Mahasiswa yang terpilih akan menjadi ejen yang menghubungkan kerajaan negeri dengan masyarakat melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).-- Bernama


Usim , Kongres Duta Jauhar , De' Asli

Artikel Sebelum

Tun M Keluar Umno Lagi

Artikel Berikut

Anugerah CSR KER1M

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut