suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anugerah CSR KER1M

Pelbagai program kebajikan untuk kesejahteraan rakyat dilaksanakan KER1M.

PUTRAJAYA: Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) telah melancarkan Anugerah Corporate Social Responsibility (CSR) sebagai pengiktirafan kepada penaja-penaja dan penyumbang khususnya daripada sektor korporat yang telah banyak membuat program-program CSR.

Anugerah ini layak diterima oleh syarikat-syarikat korporat, penaja atau penyumbangan yang mengintegrasikan keperluan ekonomi dan masyarakat persekitaran yang memerlukan bantuan.

Anugerah Corporate Social Responsibility (CSR) ini diwujudkan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada syarikat-syarikat yang telah membawa impak positif melalui sokongan khidmat sosial dan komuniti dalam pelaksanaan program Tanggungjawab Sosial Korporat.

Tujuan Utama CSR adalah bagi mengiktiraf usaha, program dan aktiviti oleh syarikat-syarikat korporat terutamanya yang telah menunaikan tanggungjawab CSR dan membudayakan konsep Kebajikan Tanggungajwab Bersama demi kepentingan sosial negara.

KER1M akan menjemput sektor swasta yang terpilih untuk mengambil bahagian dalam program dan aktiviti yang dianjurkan KER1M bagi melayakkan mereka menerima anugerah ini.

Kepada yang sudi dan ingin mendaftar, hantarkan maklumat seperti nama syarikat, alamat penuh, pegawai yang boleh dihubungi dan cadangan sumbangan atau aktiviti kepada masyarakat ke [email protected] atau layari laman web www.1malaysia.info.




Anugerah CSR KER1M

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain