suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Identiti Suspek Pengganas Dari Sabah Dipertikai

KOTA KINABALU: Identiti sebenar seorang lelaki warga Sabah yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan kumpulan Daesh Nusantara yang mempunyai kaitan dengan IS menimbulkan tanda tanya.

Timbul spekulasi bahawa pembantu pengurus berusia 31 tahun di unit housekeeping sebuah hotel di Nusajaya, Johor, bukan warga Sabah tetapi pendatang negara jiran yang mungkin memperoleh kad pengenalan Malaysia secara tidak sah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman berkata beliau telah meminta pihak berkuasa terutamanya polis untuk memeriksa latar belakang suspek.

"Kami mahu tahu siapa sebenarnya lelaki tersebut, dia berasal dari daerah mana di Sabah atau adakah dia benar-benar orang Sabah," katanya selepas mempengerusikan majlis keselamatan negeri itu pada Isnin.

Musa berkata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun sedang menyiasat latar belakang suspek yang merupakan salah seorang daripada tujuh anggota Daesh yang ditahan semasa operasi di lima buah negeri di Semenanjung Malaysia.

Mengenai situasi keselamatan di negeri itu, Musa berkata keadaan adalah baik dan terkawal.

Namun beliau berharap agar orang ramai memainkan peranan lebih proaktif dalam memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai pergerakan atau aktiviti yang mencurigakan di kawasan mereka.

"Mereka perlu menjadi mata dan teliga bagi pihak berkuasa. Ini sangat penting bagi membolehkan langkah-langkah segera diambil untuk menangani sebarang keadaan yang mungkin mengancam keselamatan negara," katanya.

Beliau berkata Majlis Keselamatan Negeri turut membincangkan isu yang melibatkan kumpulan militan termasuk pengaruh dan ancaman IS di negeri itu.

"Agensi keselamatan diarahkan untuk mengambil langkah segera dalam memantau sebarang ancaman," katanya.


Musa Aman, Daesh Nusantara

Artikel Lain