Zeti Harap Siasatan 1MDB Dimuktamadkan April - Semasa | mStar

Zeti Harap Siasatan 1MDB Dimuktamadkan April

Zeti Akhtar Aziz.

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berharap siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dimuktamadkan sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir pada April.  

"Saya berharap ia dapat dimuktamadkan pada masa itu supaya saya boleh menyerahkan rekod yang bersih kepada gabenor yang akan datang," katanya kepada saluran perniagaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, CNBC dalam satu temu bual eksklusif. 

Zeti berkata, siasatan dijalankan oleh pelbagai agensi ke atas pelbagai aspek syarikat pembangunan strategik itu dan bank pusat tersebut telah memuktamadkan bahagiannya.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan telah diambil dan apabila ia telah dimuktamadkan, hasilnya akan dimaklumkan.

"Bagaimanapun, sudah tentu, bukan kami sahaja pihak berkuasa penyiasatan, terdapat juga pihak lain. Dan, ia sedang dijalankan.

"Semua orang mahu perkara itu selesai supaya mata wang akan mencerminkan asas-asas kita dengan lebih baik dan kita boleh menangani isu-isu ekonomi lain yang dihadapi negara," katanya. - Bernama

Zeti Akhtar Aziz , 1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain