suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Tahan Koperal Polis Bantu Siasatan Rasuah RM4,000

MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang anggota polis berpangkat koperal bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM4,000 di sini, Khamis.

Menurut sumber, suapan berkenaan sebagai dorongan supaya anggota polis terbabit memulangkan dua kenderaan yang disita bagi membantu siasatan kes curi kenderaan, dipulangkan kepada pemiliknya.

Suspek yang berusia 40-an itu ditahan di sebuah balai polis di sini pada kira-kira pukul 6 petang Khamis, kata sumber itu.

Pengarah SPRM Melaka Ramli Ismail ketika dihubungi Bernama pada Jumaat mengesahkan penahanan anggota polis itu pada Khamis, bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut. - Bernama

Artikel Lain