suria

Polis Terima Terjemahan Rakaman Percakapan Siasatan Justo - KPN

Xavier Andre Justo.

KUALA LUMPUR: Polis telah menerima transkrip terjemahan rakaman percakapan bekas Eksekutif Petrosaudi International, Xavier Andre Justo pada Khamis dalam membantu pasukan itu menyiasat kes berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, transkrip asal rakaman itu ditulis dalam Bahasa Thai dan terjemahannya adalah di dalam Bahasa Inggeris.

"Berikan polis masa untuk jalankan siasatan kerana selain meneliti transkrip itu, polis juga akan meneliti lebih 200,000 emel berkaitan Justo," katanya kepada pemberita pada Majlis Minum Petang anjuran Persatuan Kepolisan Komuniti bersama Ketua Polis Negara, di Taman Puchong Utama di sini, Jumaat.

Pada 16 Disember lepas, Khalid mengesahkan pihaknya telah selesai merakam keterangan Justo berkaitan isu 1MDB di penjara di Bangkok.

Justo kini menjalani hukuman penjara kerana cubaan memeras ugut Petrosaudi International.

Terdahulu, Khalid menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota polis dan anggota Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia yang terlibat menjayakan aktiviti Kepolisan Komuniti. - Bernama

Xavier Andre Justo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Saya Tak Buat Salah - Mukhriz

Artikel Lain