suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Bertemu Pemimpin Umno Kedah

KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno Kedah mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang Jumaat berhubung isu hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Perdana menteri tiba pada pukul 4.45 petang bagi mempengerusikan pertemuan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu.

Antara yang hadir pada mesyuarat itu ialah ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom dan Ketua Wanita Umno negeri, Datuk Maznah Abd Hamid.

Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai), Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Abdul Rahim, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz.

Pada Rabu, barisan pemimpin Umno Kedah merayu campur tangan perdana menteri untuk mengatasi kemelut kepemimpinan apabila hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Mukhriz berdasarkan beberapa kelemahan serta ketidakupayaan beliau sejak mengambil alih tampuk pimpinan.

Sidang media pada Rabu itu dihadiri oleh 14 ketua Umno bahagian tanpa melibatkan Mukhriz dari Jerlun.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagaimanapun berkata, tidak ada keperluan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap 14 pemimpin Umno Kedah tersebut.

Umno, Kedah

Artikel Lain