suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Semua Kini Tertumpu Pada Mukhriz

PETALING JAYA: Semua kini tertumpu kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Khamis apabila beliau berdepan dengan tekanan daripada rakan-rakan pemimpin Umno Kedah yang mendesak supaya beliau disingkirkan. 

Menteri Besar Kedah itu tidak hadir pada mesyuarat Wilayah Ekonomi Koridor Utara dan majlis pertukaran dokumen di Pejabat Perdana Menteri.

Semua pemimpin lain di negeri-negeri di utara, termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hadir pada mesyuarat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan Kedah, Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail.

Jadual beliau yang lain pada Khamis turut terjejas.

Mukhriz membuat kemunculan pada pagi Khamis dalam majlis penganugerahan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah di Istana Bukit pada pukul 9.25 pagi, sambil ditemani isterinya, Datin Nurzietah Zakaria.

Bagaimanapun, mesyuarat beliau mengenai kajian berkaitan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) dan program bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dibatalkan.

Walaupun tiada alasan diberikan di atas pembatalan itu, dipercayai Mukhriz akan meluangkan masa bersama penyokongnya dari bahagian Jerlun yang diketuainya.

Beliau dikatakan akan membuat kemunculan pada pukul 3 petang di Wisma Umno Jerlun.

Dalam pada itu, maklumat yang menggesa penyokong Mukhriz untuk berhimpun di Dataran Pekan Raby di Pekan Kuah, Langkawi pada pukul 6 petang telah tersebar di media sosial.

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada Mukhriz akan hadir pada perhimpunan tersebut.

Mukhriz Mahathir

Artikel Lain